Lompat ke kontenLompat ke sidebarLompat ke footer

Hari Raya Kini Dah Kembali - Masdo feat. Bunga

Hari Raya Kini Dah Kembali - Masdo feat. Bunga

Lirik Lagu Hari Raya Kini Dah Kembali

Oleh: Masdo & Bunga


Hari yang dinanti telah pun menjelma
Sekian lama kita terpisah
Semua insan tak sabar meraikannya
Oh hari raya, hari bahagia.

Lupakanlah segala nestapa
Eratkan hubungan sesama kita
Hari raya kini dah kembali.

Tibanya pagi hari
Raya kini dah kembali
Yahh Yahhh
Tahun sudah ku raya sorang dan
Tak dapat nak merasa Rendang
Yang di negeri orang Pun tak
Sempat Nak pulang ke kota
Hanya di telefon khabar berita
Terlalu rindu
Masakan ibu
Pelbagai menu
Tak pernah jemu
Yang ditunggu
Kejar mengejar berpusu pusu
Mahu kusalam, cium lepaskan sayang
Ada yang datang nak tunjuk gelang
Ada yang datang ajak membawang
Sekarang dah didepan mata
Terharu air mata berkaca
Pertemuan penuh bermakna
Setelah sekian lama kini bertemu di hari raya.




Dalam kita semua sedang bergembira
Jangan lupa pada yang tiada
Hari ini hari kemenangan kita semua
Hari Raya, Hari Bahagia.

Lupakanlah segala nestapa
Eratkan hubungan sesama kita
Hari raya kini dah kembali
Hari raya kini dah kembali
Hari raya kini dah kembali.

Composer: Asymawi 
Lyricists: Ali Sariah & Bunga 
Publisher: Taja Archive  
Arranger: Asymawi 
Release  : 2022